Sunday, December 30, 2012

Pendam

salam rukun negara. motiff??! ok, abaikan

pendam dan memendam. pernah rasa ? pernah buat? pernah alami? hermm..soal memendam rasa ni pada perkiraan aku amatlah satu aktiviti atau gejala yang sangaaaat tidak sihat. sangat2. sebab bila kau mula pendam satu hal, kau akan rasa utk pendam hal hal lain sampai kan kau xboleh fikir dengan tenang. bila tak tenang, kau akan buat benda bodoh. percayalah. aku pernah alami benda tu. perasaan tu sampai aku membenci orang yang byk buat aku memendam rasa. jangan ckp aku bodoh sebab x berterus terang, tapi atas kebodohan org yg xfaham apa maksud yg cuba aku sampaikan.

bermain dgn emosi ni bukan senang. emosi buat kau berfikir. bila kau terlalu dan asyik berfikir, hati kau, minda kau, badan kau, semua sistem saraf kau akan rasa letih. akan penat. dan kau akan lebih tertumpu mahu duduk diam tanpa berbuat dan bercakap apa apa. ya, kau akan membisu walaupun di asak dgn pertanyaan.

dan segala yg berlaku akibat memendam rasa ini aku ambil iktibar utk perbaiki diri dan cara berfikir di masa hadapan. cuma kita xmampu nak ubah cara seseorang itu berfikir, walaupun kita cuba sehabis baik utk tidak menjadi punca utk org lain berfikir bagi pihak kita. dan begitulah, mereka juga akan ada rasa untuk memendam satu2 hal yang tidak dapat diterjemah dalam bahasa yang mudah. pada akhirnya, diam adalah jalan terbaik. 

p/s: sambil menaip, sambil layan lagu pendam.


Tuesday, December 11, 2012

Tipu

entry dimulakan dengan sedikit deheman macho. ehemehem (sebijik leonardo dicaprio), ok dah.


satu hari ni, well, bukan satu hari ni je. da dua tiga empat lima hari perasaan ingin marah itu selalu wujud. serba xkena. ni semua sebab telinga ni tgh masalah. xjelas. xdengar dan makin pekak la kalau bahasa simple nye. hermm. baiklah, entry bersambung.

mungkin, terlupa utk beristghfar kepada yg Satu bila mana setan iblis menghasut pemikiran suci ini utk terus mengekalkan rasa amarah dalam. diri. kenapa kau nak salahkan orang lain atas kesalahan kau? setan memang sudah itu kerjanya. menyesatkan manusia yg sesat. dan kau sepatutnya tahu apa yg perlu kau lakukan taktala rasa marah sedang ada dalam diri kau bukan? (entry kembali normal)

bukan senang utk tersenyum bila hati kau sedang berduka bukan? kau kata kau ok tapi sebenarnya kau tipu. kau kata kau happy tapi sebenarnya kau x happy. kenapa kau perlu tipu? apa yg kau dapat dengan menipu? seksa yg kau dapat, sakit yg berterusan.

alasan. rasanya xperlu bg alasan utk satu perkara mudah analoginya kan? lakukan jika itu yg terbaik, jangan dikenang, jangan ditatap, jangan ditangisi persetujuan apa yg kau telah buat. kau xkan menjdai lemah sebaliknya kau akan kuat secara berterusan. percaya pada hati, ikhlaskan diri. insyaAllah, apa yang kau rancang akan menjadi seperti yg kau inginkan.

InsyaAllah.

Percaya pada hati.

Monday, December 3, 2012

Keji. Kerdil. Kejam

ketika entry ini ditulis, aku tak dapat nak fikir tajuk apa yang sesuai utk ditajukkan (ok, xde perkataan seperti ini, jangan tiru!) entah, rasa nak tulis je. LoL (gelak ketatkketat) 

tapi.. mungkin aku nak bercerita sedikit tentang apa yang aku fikir bila mana aku berhadapan dengan satu pemikiran yang xtercapai dek akal sendiri untuk berfikir dan kadang kadang xperlu nak fikir pon benda tu. korang pernah rasa apa yang aku rasa? pernah x? xpernah? ciss, penipu kan. mesti ada punya la.

hermm. diri yg serendah aku ini secara individualnya adalah seorang pemikir yg sangat dalam. bukan soal politik atau yg seumpama dengannya lah kan. cuma walaupun hidup yg baru dikatakan seawal dua puluh an ini dikatakan masih mentah dan tidak ada pengalaman yg banyak, tetapi bagi aku, pelbagai cerita sudah aku semat dan dapat aku tahu sepanjang nyawa dan degupan jantung aku ini masih berfungsi.

banyak sangat perkara perkara yg membuatkan aku bukak mata untuk berfikir di sebaliknya dan dalam masa yg sama aku dapat menjaga hati sendiri walaupun dulu aku suka jaga hati org lain dulu sebelum hati aku. eh, sekarang pon ade x? entah. xingat. haha. NEXT!

berkawan dan berhubungan dengan aku ni tidak sesusah merentasi lautan api mahupun lautan pasifik secara amnya. kerana aku bukan seorang manusia leceh yg susah untuk berurusan. hanya cukup, kau tidak melakukan apa2 perkara yg boleh mendatangkan kemarahan dan jadi untuk memupuk rasa tidak percaya. dan percayalah, bila aku mula merasakan untuk mengelakkan diri dari seseorang, itu bererti aku memang sudah mulai rasa tidak suka dan jengkel dalam masa yg sama. hasilnya kau sendiri xboleh nak bayangkan kerana kau tidak akan percaya apa yang mampu aku buat.

ya, aku hanya manusia kerdil yg sempurnanya langsung tidak ada. tetapi itu tidak bermakna aku tidak boleh utk rasa apa yg hati aku rasa. cukuplah terkadang hidup aku ini dijadikan bahan mainan dan bahan ejekan suatu ketika. juga menjadi tempat melepaskan carutan dan tempat utk direndah2kan. cukup. jangan nilai kebaikan aku dengan membalas nya dengan keji dan amarah kau.

manusia sekerdil aku ini hanya ingin melalui hidup normal walaupun tetap ada manusia yg dengki dan keji melihat kesenyapan aku. ah, biarkan setan setan itu dengan sifat kejinya. sedikit kau keji aku, berganda banyak nye kau mendapat kejian org lain.

cerita ini bukan utk menampakkan kelemahan diri sendiri, tetapi utk berkongsi rasa yang manusia itu bersifat pelbagai. keji, kejam, baik, penyanyang, sopan, dan sebagainya. hanya pelbagai. jgn salah langkah utk meletakkan diri kau dalam kelompok yang mana. tersilap langkah, kau akan menyesal. aku pernah rasa menyesal itu, tetapi aku anggap, itu hanya pengalaman yg membuatkan aku berjaga jaga dalam setiap perkara yg aku ambil. dan itu yang makin mendewasakan aku. 


p/s: sabar jelah kau baca entry ni. da kata da xnak tulis ayat bunga bunga kan!!

Friday, November 23, 2012

Bila Sudah Sayang.

...............teeeeeetttt..........................

jangan tanya kenapa tajuk blog ni semacam macam-macam apa yang aku sendirik pun masih terfikir da takde tajuk lain yang lagi beretika ke aku nak tulis? ok, gasak. haha.

Well, (omputih sket),
bila kita da sayang orang, biasanya apa yang kita buat? sape dapat jawab aku bagi cekelat bak kata orang utara. hewhewhew. adakah kita akan tatang dia ketika jalan keluar ke mana mana? ataupun buat 'piggyback' ala ala cerite korea masa kini yg menjadi kegilaan gegadis kat luar sana ataupun kita suapkan dia makanan di depan khalayak umum yg ramai ala ala calon politik membentangkan manifesto mereka??

jawapannya adalah TIDAAAAAAKKKKK! 
haha. kenapa aku seriau lebih ni? jangan ditanya. aku sepak karang terkedu mesti korang report kat kementerian blog aku ni kutuk orang. oh tidak, aku sangat merendah diri (konon). 

bagi aku, bila da sayang orang, perkara pertama yang akan aku lakukan adalah dengan menjaga hati org yg disayang itu dgn sebaiknya. kerana dia yang menerima baik buruk kekurangan kau, susah payah bersama kau menempuh onak ranjau kehidupan (sangaatt), dan sebagainya lah yang korang rasa dia patut di jaga dan jangan sesekali siakan orang yg disayang tu. 

jangan mengejar apa yg tak pasti bila mana tulang belakang dan orang yang selalu menyokong kau sentiasa ada 24 jam seminggu walaupun dia da bosan tengok muka kau. asyik asyik muka kau. tp kalau org saling sayang menyanyang, perasaan seumpama itu tidak akan pernah wujud kerana bersamanya kau rasa tenang dan bahagia. 

benar kata orang, xsemestinya kena ada hari hari, betol. sape kata salah sila terjun kolam. haa. tersangatlah betol statement tu. tapi bagi aku, selagi ada jalan utk sama sama, habiskan masa sama sama, kenapa perlu kata tidak ye dak? kita cuba create kan segala jenis kenangan yg kita mahu asalkan kita tahu dgn siapa kita habiskan masa bersama. oh, jangan kata kau xde life kalau berbuat demikian kerana sebaik baik satu hubungan itu adalah mutual understanding (omputih lagikk) yg korang ada dgn org yg kau sayang.

jangan cepat melatah kalau org yg kau sayang tu tiba tiba moody. sebaliknya cuba cari cara dan pendekatan macam mana nak bagi dia keluar dari kepompong moody tu. nescaya, hubungan korang akan lagi kuat samasama. xperlu berfalsafah ke tahap yg tinggi bila kau boleh sayang org yg kau sayang tu dengan cara yg paling simple sahaja. dengan ada selalunya dengan dia biarpun hubungan kau jauh. insyaAllah, bertahun lamanya kau boleh survive.

bagi aku, bila sudah sayang, kita akan berusaha sehabis baik sehingga ke penghujung nya utk terus sama sama. xkesah, cabaran apa yg sekeliling kau bagi, asalkan kau mahu lawan, kau akan menang. org yg mana hati memang busuk kaw kaw tu memang ada je dekat sebelah kau. xpercaya? sila tengok sebelah kau. tapi make sure kau tahu la org tu memang xsuka kau kan. hewhewhew. ha, jadi, berusaha sehabis baik utk sama sama jaga hati masing masing. perasaan syg tu bukan dtg macam kawan kau bagi bungkusan guna pos laju ok? dia dtg bila kau memang rasa dia adalah org yg patut kau syg. 

kalau xpercaya, sila lalui pengalaman sendiri. ah, aku xyah ajar pon memang korang tahu caranya kan?bila da sayang, jangan sia siakan org yang kau sayang tu ke? pesanan ini khas dibawakan dari aku untuk diri aku sendiri dan juga korang semua.

p/s: jaga hati masing masing, kau akan survive.
 insyaAllah (bak kata Maher Zain)

Saturday, November 10, 2012

Sesorang tu Cool Jugekk!

p/s: aku sudah bertekad untuk tidak mahu menggunakan sebarang ayat bunga2 utk blog ada rabbit kena gantung ni. ok. NEXT!

sejak dulu, org xkan heran kalau nampak aku pergi mana2 pun duk gigih jalan sorang2. relaks je aku. xkesahlah, ada diva diva ala2 cheerleader yg gigih jalan sambil mengepak2 tunjuk baju baru depa kat tetengah jalan raya pun. ok, ayat ni motiff sangat. puiii.

NEXT! xkisah la kan org kata aku forever alone ka, xde kawan ka, badan bau busuk ka sbb tu org xnak kawan ka, apa ka, poodaahh! lantak. asal aku xkacau jalan korang da la wei. kan? kalau ade, bagitahu aku straight to my face kot2 aku ada lalu jalan korang. tp aku buleh gerenti xkan ada sebab xde register pon mana2 jalan atas nama korang kecualilah korg tu org penting yg patut di letakkan nama sempena nama korang. yg tu kes berkecuali ok?

sebenarnya, xkisahlah, jalan sorang ke, berdua lebih baik ka, berdua bersatu ke, (tetibe) yg penting ko tahu mana arah tuju ko nak pergi. kalo ko nak g 7e beli air kotak, pastikan ko beli air kotak sajorkk. jgn on the way ko nak g 7e, ko singgah mekdi beli aiskrim cone. aku tendang ko lelaju.(ok, tetibe lagik) haha.

sebagai penutup berita utama, xrugi jalan sorang2. lagi cepat ko sampai dari jalan melenggang kangkung dan amatlah berkurun ko nak sampai. ye dak? okbai.


Friday, November 9, 2012

Percubaan Kedua

ahlan wahsahlan. this is my second attempt to write on this nonsense bebelbebelkosong blog of mine. do mind for any words that might be harsh, hard, sweet, a bit 'karats' , so on n so forth. Just do mind of it yah.

membebel,

Newer Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds