Monday, July 15, 2013

Tapi.. Entahla..

herm.. aku mengaku, buat masa sekarang, aku seorang lelaki, si jantan yang sedang lemah. lemah di kala melihat ayat yang berunsur tapi dan entahla. seperti sesuatu kepercayaan dan kebahagiaan itu diragut secara kejam dalam hati, dalam pemikiran aku. Banyak yang terfikir di fikiran, banyak yang xterlepas di perasaan dan banyak yang terpendam tak terluahkan..

Sakit. itu yang kurasa. sedih, juga kurasakan perkara yang sama. aku tidak mampu saat ketika ini. tidak mampu berfikir diluar kewarasan manusia. kerana rasa yang menebal, rasa yang pelbagai. Hanya masa, ya, masa yang mampu mengubah apa yang akan berubah. saat ketika ini, aku masih mampu bertahan, masih mahu berjuang jika masih menyimpan pemikiran dan rasa yang sama. aku masih mahu. aku masih mahu.

memang harus berfikir panjang tetapi kalau tiada penyelesaian, aku menunggu masa yang menentukan sehingga terjumpa akan jalan penyelesaian yang dicari. aku mintak, berjuang utk kebaikan masa depan. cuma itu. aku tidak pasti bila aku akan mampu, tetapi doa yang tidak putus selalu dalam hati. selalu terbaca ketika rasa sedih itu menyerang. tolong berada dekat ketika sedang sakit. aku ada. dan bertabah hati itu perlu.



Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds