Monday, November 18, 2013

Aku Mohon

aku menulis lagi. buat masa sekarang, aku xtahu dah nak cerita kat sape apa yang aku rasa. terasa tersangat lemah jiwa. terasa nak menangis. terasa nak rebah. terasa semua. Allah. beratnya dugaan harini. kenapa semua orang treat aku bukan bukan hari ni? kenapa semua buat perangai pelik pelik? aku ada perasaan jugak. tolongg. jangan treat aku bukan bukan. aku mohon...

Lelaki Yang Tak Tahu Marah

hermm. berhabuk sangat dah ni blog aku. dah la xbanyak follower, post merapu, xfemes, tambah dengan pemalas, nak cakap apa? xpayah cakap pape. hermm. tengah2 buat slide presentation, hati rasa xsedap, jadi perasaan menulis blog terus menjelma, tanpa dipaksa, tanpa di sogok untuk menulis.

entahla. harini, hari semalam, dan sebelumnya banyak sangat perkara dalam otak. sampai xtahu mana satu nak pk dulu. aku bukan macam orang lain. ade je xkena, pergi post dekat twitter, sedih sikit pergi cari twitter, nak maki hamun jek, twitter jugak kena bukak. entah. lain orang lain cara. mungkin.. bila social web da kuasai segalanya, celaru pemikiran tu akan ada. sampai satu tahap, nak scroll twitter sendiri pon takut. bukan takut sikit2. takut yang sangat takut. sebab mcm xsanggup nak tengok apa yg orang tweet. marah, maki hamun, carutan, perlian, kejian semua ada.

entahla. aku? selesa utk berdiam. diam yg sebenar diam bila keadaan xberjalan dengan lancar. aku manusia normal. punya rasa marah, punya rasa geram, kalau ada yang xkena. ye, itu menunjukkan aku normal. tapi terkadang, aku terfikir, bila aku diam, bila aku selalu mengaku salah, bila aku x komen apa apa, bila aku cakap baik2, semua masih serba xkena. apa yang mampu aku buat? mungkin diam dan terus diam sampai bila2? sekarang ni, aku xtahu dah apa yang aku rasa. 

rasa xsenang, rasa semua nak marah aku, rasa semua nak maki aku. semua tgk aku semacam. nak kata aku kaler rambut pelik2 xla pulak, nak kata aku pakai baju branded pon x. entahla. aku memang xtahu. aku xmintak semua orang faham perihal aku. dengan sape aku berkawan, dengan siapa aku berurusan, macam mana cara aku berkerja, macam mana cara aku berkawan dan semua. aku xmintak semua faham. tapi bila setiap kali keadaan yg tegang aku cuba pulihkan, rasa xpuas hati tetap menjadi perkara paling utama. teruk sangat ke aku?

hanya sebab aku xtunjuk aku marah bila keadaan bertukar menjadi pelik sekelip mata, bukan bermakna aku xde perasaan. Itu nikmat kurniaan Allah, untuk merasa apa yang aku rasa. hermm. entahla, nak kata aku pentingkan diri, siapa aku untuk buat macam tu? apa hak aku nak bersikap pentingkan diri? cuba sekali, aku xmintak banyak, sekali je, sebelum nak letakkan apa yg xkena atas sesuatu, tolong kaji apa yang sepatutnya kena jadi. jgn buat apa yang xsepatutnya. ye, aku bukan bangsat yang suka marah tanpa sebab, mesti ada sebab. dan tolonglah, kaji balik apa yang sewajarnya sebelum aku yg dulunya xtahu marah atas benda2 yg xpatut akan berubah jadi lelaki yang paling panas baran. aku sendiri xdpt bayangkan. terpulangla pada keadaan. kalau masih aku rasa ada yang bersikap bukan yg sewajarnya, mungkin, senyap yang akan keluar dari diri aku. hermm.

Monday, July 15, 2013

Tapi.. Entahla..

herm.. aku mengaku, buat masa sekarang, aku seorang lelaki, si jantan yang sedang lemah. lemah di kala melihat ayat yang berunsur tapi dan entahla. seperti sesuatu kepercayaan dan kebahagiaan itu diragut secara kejam dalam hati, dalam pemikiran aku. Banyak yang terfikir di fikiran, banyak yang xterlepas di perasaan dan banyak yang terpendam tak terluahkan..

Sakit. itu yang kurasa. sedih, juga kurasakan perkara yang sama. aku tidak mampu saat ketika ini. tidak mampu berfikir diluar kewarasan manusia. kerana rasa yang menebal, rasa yang pelbagai. Hanya masa, ya, masa yang mampu mengubah apa yang akan berubah. saat ketika ini, aku masih mampu bertahan, masih mahu berjuang jika masih menyimpan pemikiran dan rasa yang sama. aku masih mahu. aku masih mahu.

memang harus berfikir panjang tetapi kalau tiada penyelesaian, aku menunggu masa yang menentukan sehingga terjumpa akan jalan penyelesaian yang dicari. aku mintak, berjuang utk kebaikan masa depan. cuma itu. aku tidak pasti bila aku akan mampu, tetapi doa yang tidak putus selalu dalam hati. selalu terbaca ketika rasa sedih itu menyerang. tolong berada dekat ketika sedang sakit. aku ada. dan bertabah hati itu perlu.



Saturday, June 22, 2013

REDHA

aku menangis. ketika dalam doa tadi. meluahkan rasa yang amat amat. rasa sedih yang sudah sekian lama aku tahan.yg sudah sekian lama aku pendam. allahuakbar. sakit rasanya. sakit memikirkan apabila dalam keadaan yg xrela, kau terpaksa berfikir 10 langkah ke hadapan utk bersedia. mungkin ini masanya. masanya yg perlu utk aku pergi. utk menjauh supaya semuanya akan baik baik sahaja. mungkin itu yg terbaik. aku redha, walaupun tidak sebenarnya redha, aku akan cuba. kerana itu yg seharusnya. ya, ketika warkah ini ditulis, air mata jatuh lagi. betapa lemahnya hati dan jiwa juga diri aku pada saat ketika ini. Allah. beri aku kekuatan. bantu aku utk selesaikan beberapa perkara sebelum aku redha secara keseluruhannya. bantu aku Allah. bantu aku..

Wednesday, June 19, 2013

GILA

gila. dah lama x sentuh blog ni.  berhabuk dan berhabuk tapi ku kira masih nampak akan tulisan yg ada.walaupun xbanyak. walaupun masih baru. blog yang lama telah ku biarkan senyap. tidak mahu melihatnya lagi. demi menjaga hati mereka yang pelbagai. biar kenangan yang lama terpadam bersamasama penulisan lau. 

ya. memang gila. musimmusim exam ni buat aku rasa x tentu hala. sibuk menelaah perkara lain bilamana hati sedang risau memikirkan perkara lain.cukuplah ianya berakhir pada hari ini dan pengakhirannya setelah aku mengalami rehat yang sangat cukup. sungguh aku rasa sangat letih. letih yang teramat sangat. tapi aku ikhlas. juga aku redha. kerna ini perjalanan hidup aku. bukan hidup orang lain.

walaupun gila. aku tabah juga. sudah separuh jalan. malah melebihi separuh jalan. biar tidak berapa cemerlang, asal aku gagah utk selesaikan apa yg aku mulakan. memang gila, tapi aku redha. memang banyak perkara gila, disekeliling aku, disekeliling orang lain, memang banyak. tapi aku yakin, segila2 itu, ada lagi yg lebih gila. kerana bukan hanya aku yang punya jalan cerita. mereka juga ada, kesemuanya memang ada. 

biarlah. kalau orang nak kata yang gila itu bukan dari diri sendiri, tapi keadaan yg buat orang gila. hah, tapi aku tetap rasa minggu minggu kritikal ini amat gila. gila sampai tahap mahu tidur membungkam dan xnak sedar sedar. hanya itu yang aku sedang fikirkan, walaupun sememangnya keadaan sedang gila. 

p/s: gila sampai nampak semua benda goyanggoyang -.-

Monday, March 18, 2013

Puaka

fuhh fuhh. (tiup tiup blog yang berhabuk)

kotor amatla hai blog ni. padan muka engko. nasib dapat tuan yg pemalas macam yg tengah taip ni ha. xpelah. kau bersabar je. kalo gigih nak hapdet hari hari tapi xde motipp payah jugak. ye dak?

ok la adik adik, abang abang dan rakan taulan sekalian. harini rasa macam terpanggil nak mengarang puisi indah nan menawan yg bertajuk seperti diatas. puaka boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. tidak kira rumah itu memang puaka yakni berhantu ataupun perangai yg berpuaka dan bila di perkecilkan skop lagi kita akan jumpa, MULUT PUAKA.

setakat ni fahamla kan maksud puaka tu mende ye dak? kalo engko xtahu, ace guna khidmat ihsan cik gugel. nuscaya dia akan tolong tanpa ragu ragu. hewhewhew. mulut puaka ni kalau di pandang dari satu sudut negatif, memang mintak kaki je manusia yg bermulut sedemikian. kalau nak tahu contoh contoh jenis mulut puaka, rasanya xperlulah aku share kat sini sebab antara kamu kamu semua mesti ada yg berperangai sedemikian ye dak? tapi bezanya antara org yg bermulut puaka dengan org yg bercakap banyak itu apabila kepuakaan nya itu menyebabkan timbulnya rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat dan kalao di kecikkan skop sekali lagi, antara kawan kawan la yang paling jelas kelihatan.

(ok, mari kita ubah tone skema blog ini kepada yang lebih puaka sikit)

apa engko ingat comel sangat la tu mulut xde insuran macam tu? kena la salu ingat, xsemua org akan rasa pleasure dan gumbira bila kau 'mark' kawan kawan kau sendiri wei. xelok la perangai macam tu. sebenarnya mereka yg mulut puaka gila ni nak ape pon aku xtahu. mungkin dia anggap dia ni PERFECT sangat sampai kan semua pon nampak buruk, hodoh, busuk, keji, hina dan semualah yg buruk2 ni.

adeh. yg bercakap tu kekadang best bila diri sendiri yg hodoh perangai nak tuduh org lain yang lagi huduh dari ko. alamak ai. kau duduk tahun bila tah? tahun sebelum mesolitik ke ape? (ade ke tahun tu?? O.o) haa. serius aku xfaham. nak kata aku ni mulut bising dan suka buat riuh tu haruslah sebab moganya perangai aku ni suka bercakap dgn org yg aku kenal dan rapat dan opkos la boleh kenal aku ni sape ye dak? ni tak, da la hidup tu xberapa nak ada kawan, mulut puaka pulak tu -.- contoh la aku bagi ni, kau nak cakap mulut orang bau busuk macam sampah masyarakat, tapi kau x bau dulu ke mulut kau sendiri yg memang berganda busuk macam xpernah tahu wujudnya berus gigi dan fungsinya itu ke atas gigi gigi kau.

 haa, nampak x permainan dia kat situ?

serius la wei, kemon ah, bila dengan kekawan sendiri kau nak jadi puaka, itu amatlah tidak adil dan tidak boleh diterima akal. gurau sarcastic tu biasa la ye dak? tapi kalau benda benda kecik pon yg kau nak puaka sangat da kenapa? baik sangat la tu perangai? adehla. org macam ni aku rasa kena buang negara trus. xpayah daerah sangatlah. kang xpasal semua nak di puakakan jugak. -.-

jadi, ingatlah wei, sebelum mulut tu nak jadi puaka sangat macam AA tu (if u know what i meant) mmg xde sape la nak berkawan dgn kau. dan kalau kau terlalu bodoh nak anggap org makin jauh dengan kau sbb kau awesome dan perfect gila, ada something xkena la tu kat mana mana. kita ni hidup bermasyarakat ni kena saling menjaga hati antara satu sama lain. jangan semua benda pon nak di puakakan, karang herot mulut tu kena terajang. seriously, benda2 macam ni, da xrelevan da. tolong bukak mata, bukak telinga, bukak mata,  dan bukak otak la senang. cakap banyak tu boleh, tapi jangan sampai tahap puaka, jangan terkejut kalau satu hari nanti, kau hidup sorang2 akibat perangai busuk kau tu. wallahualam

p/s: org mulut puaka ni xkan sedar perangai busuk sendiri. ye dak? -.-

menulis dan menulis

Friday, January 25, 2013

Value itu Nilai

ye, ye, i know. i know. xperlu nak bagi ayat bm atas translation mudah tu. semua pon tahu kan? betol? tahu kan? xtahu korang g la bukak meriem websterr. kan semua pakai smartphongg sekarang. xkannn la xde
(ayat sarkastik gila)

herm. sejak dua menjak ni. otak aku ligat berpusing dan berfikir tentang satu perkataan dan ayat yg sering terngiang ngiang di benak pale hangguk otak aku ni. nak tahu apa? VALUE=NILAI. yes, i got it. repetition is unacceptable. is it?

hermm. (menongkat dagu) kadang kadang, aku terfikir, dalam pada kita berkawan, apa nilai yang kita pegang sesama kawan. waktu awal perkenalan, janji setia selamanya. janji berkawan sampai berkeluarga. janji sampai tua. janji itu janji ini. tapi, mulut boleh cakap ape je bila masing masing xtahu lagi arah hidup dan tujuan nye bagaimana dan dengan siapa. ya, dengan siapa kau nak masukkan orang orang yang kau nak dalam hidup kau dan dengan siapa kau nak campak dan pijak orang orang tu semahu kau.

sadis tak? aku berfikir juga bahawanya nilai sebuah pertalian itu bukan dinilai atas perlunya ber sms, ber bbm, ber twitter dan ber whatsapp selalu dan sepenuh masa. tetapi cukup dengan ucapan hari jadi ketika waktunya dan ketika itu kau mengucapkan terima kasih dengan atas dasar ingatan seorang kawan buat kawan nye. kalau paling busuk pon, atas dasar sesama manusia.  salah ke fikir macam tu? xkanlahhh salaahhh (ayat sarkastik lagi)

well, bukanlah nak kata aku ni kawan sempurna yang selalunya ada tika pertolongan di perlukan dan sambutan juga secepatnya diberikan. itu semua mengikut kemampuan. apa yg termampu boleh diberi, sedayanya cuba diberi. yang penting, keadaan di mana cara kau kawal keadaan bila pertolongan itu minta disambut. itu pon salah dan susah ke? der, xkisah pon kalau ade komitmen lain dan kerja lain ketika pertolongan itu minta disambut, tetapi response. hanya response yg diperlukan utk memberitahu ketidakmampuan kita utk menyambut pertolongan pada ketika itu..

aku tak rasa itu semua adalah susah. perkara itu adalah simple dan sesimple mungkin. jangan buat diam, jangan tinggal bodoh seolah2 pertolongan yang terdesak mintak di sambut itu adalah macam kau buang sampah merata rata kat tepi jalan. seolah olah, itu nilai sebuah pertalian yg di namakan kawan itu. betol?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx(jerittttttttttttttttttttt)xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


ok. puas da jerit kejap. kejap je la. NEXT!!

semakin umur meningkat dewasa ni, semakin tu lah otak manusia akan terus berkembang atas pelbagai persoalan yg suka menendang2 sereblum dan serebrum otak masing masing bukan? nilai. penat rasanya bila kita rasa kita cuba untuk menjadi satu nilai yang mendamaikan akhirnya ditolak mentah2 macam tu je. mana dah janji manis kata kata kau bila perlukan pertolongan, kau ada aku bila kau susah, kau ada aku kalau kau xde makanan. mana? mana? mana? 

ahh. manusia. macam macam da aku jumpa. macam macam peristiwa da aku alami. baik yang pentingkan diri bila dapat kredit sikit, baik lupa kawan bila jumpa orang lain dan macam2 lagi lah. jadi. aku diam. itu sahaja jalan terbaik dan jalan terakhir yang aku boleh fikirkan. ape guna mahu menjerit dan melolong mencari kawan kawan kau bila mana dia xnak langsung masukkan kau dalam kitaran hidup dia? mana? mana?

apa yang ada? satu pon xada. kat situ je satu satunye nilai yang ada boleh letak dalam tong sampah dan suruh brader kerja alam maju tu angkut pergi buang dekat tempat pelupusan sampah. senang. habis cerita. da xde nye kecik2 hati da kan? ye dak?xpela, ade sebab kot kenapa sesuatu kejadian tu berlaku. biarlah. asal kalian bahagia dengan cara kalian. asal satu hari nanti kalau jumpa aku, kalau xnak mengaku da aku kawan kau, at least ingat la dulu kita pernah baik. tu je, x mintak banyak. xmintak kau belikan aku bmw pon. xmintak apa2. kalau itu nilai aku, nilai seorang kawan, terima kasih :)


“A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.” 
― William Shakespeare


p/s: nak nyanyi lagu najwalatip tajuk sahabat. hewhewhew

Tuesday, January 22, 2013

Bukan Prince Charming

ehem.
(kali ni berdehem gaya Mr Bean) (apa kau ingat Mr Bean x ensem ke woi)

definisi seorang prince charming itu adalah mereka yang sangat cool, kaya, pakai kereta besar, jalan control, pakai smart2, pakai tuxedo, muka licin, misai xde, janggut takde, kumis pon xde . clen and clear gitu lorh.

ENUFFFFFFFFFFFFFFF!

sape prince charming? aku? haha. aku memang prince charming.. la sangatttt.
 (tangan atas dada, mata ke atas). haha. 

aku xtahu kenapa aku buat entry ni. tp apa yg pasti, selepas tengok cerita cinderella semalam, aku terfikir kejap yg kenapa selalu prince charming yg akan jadi hero bila dalam sesebuah cerita, watak kedua atau hero kedua seringkali akan di pangkah dan diterajang ke tepi. nak kata hebat, prince charming ni lembik je pon sebenarnya. atas sebab ada sound effect, ada props, ada kuda, ada pedang dia tetiba jadi kuat. sama macam otromen yang bila lampu da blink blink kaler merah tetiba jadi kuat. hell i dont know where this otromen guy own his power. urghh.

ha, kenapa aku cakap prince charming tak kuat? sebab bila nak perjuangkan cinta sendiri pon banyak dugaan. bukannye kau tu golongan miskin hina yang xde harta untk fight apa yg menghalang. ye dak? da badan pon kot ade muscle2. (dalam kartun pon figura dia ade muscle jugak) kira katang la tu. pergi jela bawak gadis engko jejauh. hah, hidup la happily ever after. haha

well, itu memang jalan cerita yg diusulkan oleh penulis skrip dan pengarah yang mengarah.. kalau xde yang menyimpang ke laut ni, x cerita la name dia. dan watak prince charming xkan wujud kat alam semesta ni. (sape setuju sila garu hidung) haha. 

kalau di tanya sama ada aku seorang prince charming atau tidak, aku akan menyangkal sekeras2 nya dakwaan itu. kalau masih di perkatakan sebegitu rupa, aku akan buat tuntutan saman fitnah atas dakwaan mengatakan aku adalah prince charming ni. kau gila ke ape? aku ni nak kata hensem tu bolehla, (sangattt) tapi aku manada kuda, manada kereta, pedang pon xde, dan aku xde harta yang nak dibanggakan. hanya ada mereka yang aku sayangi. itu sahaja harta yang bernilai. sedikit mana pun, aku akan perjuangkan utk mereka yang menjadi hidup aku. (mood touching da masuk da) LoL

dan, apelah sangat menjadi prince charming itu kalau hidup tidak terbebas seperti menjadi lelaki biasa yang punyai org yg disayangi seperti aku. kan? baiklah menjadi biasa biasa sahaja dan tidak menjadi perhatian kepada sesiapa pun kerana tidak ada pun yang boleh membahagiakan selain mereka yang hanya biasa biasa tetapi tetap dekat di dalam hati. 




dan ye, aku bukan prince charming :)

p/s: jadi prince charming dalam drama mungkin best. mungkin laaaa.

Tuesday, January 15, 2013

Lelaki Menangis Bukan Lembik!

hermm. herm.. herm.. hermm.. (srott srettt srot srett) ... entry dimulakan dengan rasa sedih yang teramat sangat. (srot srett srott srett lagi)

terkadang, lelaki akan merasa lemah bila berlakunya kejadian yang boleh dielakkan. betol. itu fakta. akan tetapi, lelaki juga manusia biasa. tiada kesempurnaan. berusaha gigih untuk menjadi yg terbaik walupun tidak akan cukup. tetapi selagi masih mahu terus mencuba, seorang lelaki itu akan terus berusaha.

sedih. itu adat. lelaki juga dikurniakan perasaan yang setara cuma kuatnya lelaki, air mata itu tidak ditunjukkan kepada sesiapa. mungkin fitrah lelaki yg ego membuatkan air mata itu hanya untuk tatapan sendiri sahaja. hermm. mungkin itu adalah perkara yg x boleh dielakkan bila lelaki terpaksa menangis. bukan dibuat buat, tetapi itu tangisan ikhlas. INI FAKTA.

perempuan, kalau nak dibandingkan dengan lelaki, selalu sangat da tengok perempuan ni menangis. hati yg seperti tisu itu senang hancur untuk perkara yg sekecil kecil perkara. kalau tengok kucing yang daif dan kurus tidak diberi makan serta berkurap juga kaum perempuan ini senang untuk menangis. INI FAKTA.

biarlah kalau lelaki perkasa akan cakap menangis itu satu tindakan yang memalukan tetapi bila sedang sedih, mana mungkin di tahan rasa itu. pada akhirnya, dengan menangis itu boleh melegakan, akan menangis juga untuk melepaskan. biarlah. tangisan lelaki itu hanya kami kami sahaja yang tahu.




p/s: ikhlas lelaki ketika menangis x sama dengan perempuan :')

Friday, January 4, 2013

Biadap

biadap. sape yang biadap sangat ni? biadap dengan aku? pasti? mahu terus biadap? kau nak tengok biadap aku pulak tak? jangan tunjuk biadap kau sorang je. jangan megah dengan kebiadapan kau. umur kau baru setahun jagung, jangan cakap seolah olah kau kenal sedalamnya orang yang kau selalu biadap tu..

...................................................................xxxxxxxxxx...........................................................................

gila kan? terkesan di hati kalau orang cop kita ni biadap. pehh. rasa macam jahatnya diri ni. err. dalam proses pembesaran ni, segala macam hormon dalaman dan luaran (kalau ada) selalu berubah ubah. bila time sakit, happy, jatuh motor, kena caras, kena maki, semua lah. tu yg tetibe nak jadi biadap tu.

ok. xde kaitan. (page seterusnya)

ye, betolla. aku xnak sorok2 lagi. aku ni x suka tengok org yg biadap. lagi2 dekat org tua. rasa nak sepak2 nak tunjal2 je kepala tu. biadap lagi kan. ape kau pk kau sang ratu ke nak biadap sgt tu? cek balik. kalau muka penuh jerawat dan pakai braces sbb gigi tak tersusun dan cakap pon berbelit2, hentikan kebiadapan kamu. shadaaaaapppppppppppppppp!

(selak page lain)

well, org biadap ni byk kategori nya. salah satu kategorinya adalah mereka yang suka bergurau ala2 friendly padahal omak aih kau.. mintak penerajang gayenye kan. hikhik. nak i terajang u ke der? mahu? hah, mahu? kalo mahu sms nama, alamat dan kelemahan. senang i nak attack kelemahan u tu bila u tgh di ambang kebiadapan.

bukanla nak kata aku ni x pernah biadap. sekali sekala tu bila asyik bergurau tu kekadang terlepas la ape yg xpatut kan. terlepas je la. bukan sengaja dilepaskan. ibarat kentut secara tidak sengaja ye semuanya. itu pon bukan kebiasaan sebab mak bapak aku ajar jgn jadi biadap. sebut perkataan kurang ajar pon mcm xpatut langsung kau keluarkan.

cuma aku perhati bebudak urban generasi z harini yg lahir tahun 91 ke atas tu (kot) teruk sgt biadapnye. dgn org dewasa pon xtahu nak limitkan gurau sarkas badut xkelakar kau tu. ade ke patut dgn makcik tua boleh nak pow belanja makan (terasa) biarpun kau macam kenal siapa makcik tu yg xde pertalian darah dgn kau. tapi beragak la broooo. jgn. xelok. kudrat remaja kau lagi hebat. pergi cari alternatif lain. kau kan pandai cakp. pergi sahaja jaja cakap cakap kau. mana tahu boleh keluarkan hasil ye dak? aminnn. see, aku mendoakan lagi. silalah sedar diri lepas tu.

yg si dewasa pulak, sebab terlalu bagi muka kat budak2, setiap kali kau kena carut, kau sengih2 macam kerang busuk piang, macam senyum kambing yang xgosok gigi tu pasaipa? well, sebab pk budak budak ni otak x berkembang sepenuhnya lagi. 

SEE, NAMPAK TAK!!!!

sebenarnya kau tu x matang lagi. baru nak memasuki alam akil baligh yg sebetulnya mungkin. terlalu bijak dalam melontarkan kata sehingga mengundang bahaya pada diri sendiri. kau xkan sedar. tapi kau akan rasa sendiri bila cakap2 kerek kau xde sape nanti akan dengar. percaya atau tak, kau tunggu dan lihat.

jadi. sebelum bercakap biadap meskipun kau rasa kau urban, tengok kiri kanan atas bawah dulu. xrugi pon berwaspada. hidup bukan pasal kau sorang pon. dari sebesar2 gajah sampai sekecik2 semut, semua nye bersaling kait dalam eko sistem negara wa cakap sama lu.jadi jangan biadap kalau hidup nak selamat.

p/s: aku xmarah hey, aku xmarah hey.. (srott sreeettt srott srettttt....................)

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds