Friday, March 7, 2014

Jangan

terfikir juga, kadang kadang kenapa serba serbi manusia lupa apa yang sepatutnya jadi bukan kehendak hati yang ingin terjadi. menconteng, memekik, bising sana sini dan apa apa jenis pekikan sebelah telinga, cukup buat 'panas' dalam diri. kadang kadang tertanya. kau siapa nak tentukan apa yang jadi? hak apa yang kau pegang untuk membolehkan kau mencampuri apa yang jadi?

tiada jawapan. sesenang itu. manusia kan. biarlah seribu kali kau kata jangan, dua ribu kali itulah tetap kau akan mendengar alasan dan pekikan yang sama. biarlah. bukannya satu saat kau mati nanti. belum tentu orang orang yang pekik sebelah telinga kau tu akan turut sama angkat jenazah kau ke liang lahad. kan?

entahlah. kadang kadang juga, sikap yang diperhatikan mampu buat seorang manusia normal terasa ingin lari jauh. jauh dari seisi alam yang memenatkan. tapi apa guna bila rasa penat kau jaja depan semua orang? apa faedah yang kau dapat? boleh hilang letih kau bila kau canang satu dunia?boleh lega hati kau bila sebarkan rasa kau?  ya, kau boleh bercakap secara sembunyi. tapi adakah itu puas bagi kau? cukup bagi kau?

manusia, biarlah. jangan duga seribu perangai yang mereka ada bila berjuta dan sangat lebih yang kau xboleh duga. apa yang tinggal? diri sendiri untuk dijaga. dijaga dari segala rasa sakit dan sedih. dari segala rasa terabai yang kau mahu elakkan. cukup sekali dua kau ingatkan jika mereka mereka itu menyakitkan kau, kali ketiga, diamlah. kerana itu lebih baik. aku sememangnya aku. diam utk menjaga. biarlah orang sekeliling yang menempelak cara aku, tapi aku tetap begini.

jangan, jangan pekik pekik lagi setiap ketidakpuasan hati jika masih diri masing masing pon belum cukup bagus utk berkata jangan. ya, tulus ikhlas nasihat untuk diri sendiri. May Allah bless. Insya Allah..


namunku punya hati ,

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds