Sunday, December 30, 2012

Pendam

salam rukun negara. motiff??! ok, abaikan

pendam dan memendam. pernah rasa ? pernah buat? pernah alami? hermm..soal memendam rasa ni pada perkiraan aku amatlah satu aktiviti atau gejala yang sangaaaat tidak sihat. sangat2. sebab bila kau mula pendam satu hal, kau akan rasa utk pendam hal hal lain sampai kan kau xboleh fikir dengan tenang. bila tak tenang, kau akan buat benda bodoh. percayalah. aku pernah alami benda tu. perasaan tu sampai aku membenci orang yang byk buat aku memendam rasa. jangan ckp aku bodoh sebab x berterus terang, tapi atas kebodohan org yg xfaham apa maksud yg cuba aku sampaikan.

bermain dgn emosi ni bukan senang. emosi buat kau berfikir. bila kau terlalu dan asyik berfikir, hati kau, minda kau, badan kau, semua sistem saraf kau akan rasa letih. akan penat. dan kau akan lebih tertumpu mahu duduk diam tanpa berbuat dan bercakap apa apa. ya, kau akan membisu walaupun di asak dgn pertanyaan.

dan segala yg berlaku akibat memendam rasa ini aku ambil iktibar utk perbaiki diri dan cara berfikir di masa hadapan. cuma kita xmampu nak ubah cara seseorang itu berfikir, walaupun kita cuba sehabis baik utk tidak menjadi punca utk org lain berfikir bagi pihak kita. dan begitulah, mereka juga akan ada rasa untuk memendam satu2 hal yang tidak dapat diterjemah dalam bahasa yang mudah. pada akhirnya, diam adalah jalan terbaik. 

p/s: sambil menaip, sambil layan lagu pendam.


0 comments:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds