Thursday, September 4, 2014

Menahan

Bangun pagi, syukur akan nikmat kurniaan Allah kerana diberi peluang untuk terus bernafas lagi untuk satu hari lagi. Cuma silapnya diri sendiri apabila gagal mengawal rasa yang memberi peluang untuk aku menjadi emosi. ya, emosi sehari suntuk atas pelbagai keadaan yang bercampur campur. kalau diikutkan, banyak perkara yang perlu dilakukan, tapi akibat emosi mengawal diri, semuanya semacam terpaksa dilakukan. kadang kalau aku tinggal diam segalanya, aku xrasa ada orang kisah. mungkin mereka mereka itu punya perihal kejadian sendiri yang membawa mereka turut beremosi.

Allahuakbar. mana perginya HM yang sentiasa tersenyum dalam mengawal setiap rasa. harini HM itu hilang. hilang di dalam kepulan awan putih di atas sana. hilang seperti ditelan bumi dan hilang dibawa arus air jauh kedasar sana. hanya hilang. Aku tak mampu menjadi seperti sesetengah manusia yang bangga memekikkan rasa mereka secara terang2an. panggilah aku pengecut, panggil sahaja aku dayus, panggil sahaja aku apa sahaja. hanya aku yang merasa apa yang aku rasa.

Hati. dalam dada ini sungguh terasa mahu pecah. seperti ada ledakan bom yang bila bila masa sahaja boleh menghamburkan hablur asap dan kepingan letupan di serata maya. hanya mampu menahan rasa kerana itu yang dilakukan sangat terbaik oleh aku. Ya, kalau mengikut hati, aku boleh lenyap seketika. lenyap seperti orang yang sudah berputus asa. tapi kenapa aku masih disini? kerana aku bukan seperti kanak kanak yang tidak tahu berfikir, bahkan aku lebih baik dari itu.

Mungkin, ini rasa sementara. Biarpun kadang kala rasa ini membunuhku, tapi selagi mampu menahan, aku akan tahan. Biarlah pelbagai reaksi yang akan datang menyerang gegendang telinga juga saraf mata, aku akan terus bertahan. hanya nilai itu yang mampu aku rasa pada saat dan ketika ini. biarkan orang tidak faham bahawa aku juga manusia, selagi kekentalan yang dipegang aku semat erat2 dalam hati, aku mampu. biarpun ramai yang akan tidak berpuas hati dan mementingkan rasa mereka seorang, aku tetap akan menahan, kerana HM itu aku.


Masih menahan,

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds