Tuesday, November 11, 2014

Menangis kerana Sayang

air mata seorang lelaki itu sangat mahal harganya apabila lelaki merupakan makhluk yang payah dan susah untuk menangis. aku setuju dengan ungkapan ini.

ya, menangis aku kerana sayang.

kerana sayang, atau mungkin terlalu sayang, aku relakan air mata ini mengalir deras tanpa sekatan dan tahanan dari untuk terus mengalir. sesak dada. sesak jiwa. pandangan kabur. hati bengkak. rasa seperti mahu gila.

untuk memberi bukan sahaja sekeping hati, tetapi seluruh hati kepada orang yg aku sayang bukan mudah. kerana kepercayaan yang aku beri itu aku akan pegang kemas kemas. erat dan sepadu mungkin. tiada alasan mengapa aku sayang kerana hati memang sudah sayang.

benar, sayang itu boleh membuatkan otak tidak berfikir secara jelas. tidak mampu menjadi seorang relevan, tidak boleh berlagak tenang jika ada perkara yg menggugat rasa.

mungkin kerana aku percaya setiap alasan itu wajar didengari. wajar diperhatikan.

tapi aku mohon, jangan kasari kepercayaan yg telah aku berikan. segala akses itu bukan tiket utk menangis tanpa sebab. untuk menjadi manusia yang menjengkelkan. aku tidak mahu.

aku menangis kerana sayang. sayang yang paling dalam. bukan sayang sekadar ungkapa, bukan sayang utk sandiwara. aku sayang dengan sebenar2 sayang.

cabaran, dugaan. ya memang ada dan akan terus menggangu jiwa. walaupun aku menjerit melolong sekalipun, seperti itulah ianya akan tetap terfikir. cuma, aku memilih untuk tidak menjadikan keserabutan berada dekat dengan aku. aku tidak mahu berasa sesak. kerana aku sayang. sayang yg paling dalam.

hati. tidak sekental dan sekentang yang aku sendiri rasakan. menangis seumpama bayi kecil. teresak dalam sedu, tersedan dalam dakapan. selemah lemah manusia yg ketika itu adalah aku.

hanya mampu melepaskan rasa. dengan tangisan itu mejawab berjuta soalan mengapa perlu aku menangis.

aku bukan manusia sempurna, banyak kecacatan tingkah laku, kecelaruan pemikiran, juga kelopongan pemikran.

tapi aku punya org yang aku syg. yg membantu aku tika jatuh. yg ikhlas juga menangiss kerana aku.

kerana terlalu lama. kerana sudah sebati. kerana terlalu sayang.

aku relakan tangisan itu. kerana sejujurnya, aku memang sayang.

dan aku menangis. kerana aku sayang.

harap balasan sayang itu terbalas dengan tangisan sayang juga.

tolong, aku tidak bisa hilang orang yg aku syg.


nukilan hati.
HM


2 comments:

This comment has been removed by the author.

Siapakah org yg disayangi itu ya??

Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds