Saturday, June 22, 2013

REDHA

aku menangis. ketika dalam doa tadi. meluahkan rasa yang amat amat. rasa sedih yang sudah sekian lama aku tahan.yg sudah sekian lama aku pendam. allahuakbar. sakit rasanya. sakit memikirkan apabila dalam keadaan yg xrela, kau terpaksa berfikir 10 langkah ke hadapan utk bersedia. mungkin ini masanya. masanya yg perlu utk aku pergi. utk menjauh supaya semuanya akan baik baik sahaja. mungkin itu yg terbaik. aku redha, walaupun tidak sebenarnya redha, aku akan cuba. kerana itu yg seharusnya. ya, ketika warkah ini ditulis, air mata jatuh lagi. betapa lemahnya hati dan jiwa juga diri aku pada saat ketika ini. Allah. beri aku kekuatan. bantu aku utk selesaikan beberapa perkara sebelum aku redha secara keseluruhannya. bantu aku Allah. bantu aku..

Wednesday, June 19, 2013

GILA

gila. dah lama x sentuh blog ni.  berhabuk dan berhabuk tapi ku kira masih nampak akan tulisan yg ada.walaupun xbanyak. walaupun masih baru. blog yang lama telah ku biarkan senyap. tidak mahu melihatnya lagi. demi menjaga hati mereka yang pelbagai. biar kenangan yang lama terpadam bersamasama penulisan lau. 

ya. memang gila. musimmusim exam ni buat aku rasa x tentu hala. sibuk menelaah perkara lain bilamana hati sedang risau memikirkan perkara lain.cukuplah ianya berakhir pada hari ini dan pengakhirannya setelah aku mengalami rehat yang sangat cukup. sungguh aku rasa sangat letih. letih yang teramat sangat. tapi aku ikhlas. juga aku redha. kerna ini perjalanan hidup aku. bukan hidup orang lain.

walaupun gila. aku tabah juga. sudah separuh jalan. malah melebihi separuh jalan. biar tidak berapa cemerlang, asal aku gagah utk selesaikan apa yg aku mulakan. memang gila, tapi aku redha. memang banyak perkara gila, disekeliling aku, disekeliling orang lain, memang banyak. tapi aku yakin, segila2 itu, ada lagi yg lebih gila. kerana bukan hanya aku yang punya jalan cerita. mereka juga ada, kesemuanya memang ada. 

biarlah. kalau orang nak kata yang gila itu bukan dari diri sendiri, tapi keadaan yg buat orang gila. hah, tapi aku tetap rasa minggu minggu kritikal ini amat gila. gila sampai tahap mahu tidur membungkam dan xnak sedar sedar. hanya itu yang aku sedang fikirkan, walaupun sememangnya keadaan sedang gila. 

p/s: gila sampai nampak semua benda goyanggoyang -.-

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds