Wednesday, June 19, 2013

GILA

gila. dah lama x sentuh blog ni.  berhabuk dan berhabuk tapi ku kira masih nampak akan tulisan yg ada.walaupun xbanyak. walaupun masih baru. blog yang lama telah ku biarkan senyap. tidak mahu melihatnya lagi. demi menjaga hati mereka yang pelbagai. biar kenangan yang lama terpadam bersamasama penulisan lau. 

ya. memang gila. musimmusim exam ni buat aku rasa x tentu hala. sibuk menelaah perkara lain bilamana hati sedang risau memikirkan perkara lain.cukuplah ianya berakhir pada hari ini dan pengakhirannya setelah aku mengalami rehat yang sangat cukup. sungguh aku rasa sangat letih. letih yang teramat sangat. tapi aku ikhlas. juga aku redha. kerna ini perjalanan hidup aku. bukan hidup orang lain.

walaupun gila. aku tabah juga. sudah separuh jalan. malah melebihi separuh jalan. biar tidak berapa cemerlang, asal aku gagah utk selesaikan apa yg aku mulakan. memang gila, tapi aku redha. memang banyak perkara gila, disekeliling aku, disekeliling orang lain, memang banyak. tapi aku yakin, segila2 itu, ada lagi yg lebih gila. kerana bukan hanya aku yang punya jalan cerita. mereka juga ada, kesemuanya memang ada. 

biarlah. kalau orang nak kata yang gila itu bukan dari diri sendiri, tapi keadaan yg buat orang gila. hah, tapi aku tetap rasa minggu minggu kritikal ini amat gila. gila sampai tahap mahu tidur membungkam dan xnak sedar sedar. hanya itu yang aku sedang fikirkan, walaupun sememangnya keadaan sedang gila. 

p/s: gila sampai nampak semua benda goyanggoyang -.-

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds