Friday, January 25, 2013

Value itu Nilai

ye, ye, i know. i know. xperlu nak bagi ayat bm atas translation mudah tu. semua pon tahu kan? betol? tahu kan? xtahu korang g la bukak meriem websterr. kan semua pakai smartphongg sekarang. xkannn la xde
(ayat sarkastik gila)

herm. sejak dua menjak ni. otak aku ligat berpusing dan berfikir tentang satu perkataan dan ayat yg sering terngiang ngiang di benak pale hangguk otak aku ni. nak tahu apa? VALUE=NILAI. yes, i got it. repetition is unacceptable. is it?

hermm. (menongkat dagu) kadang kadang, aku terfikir, dalam pada kita berkawan, apa nilai yang kita pegang sesama kawan. waktu awal perkenalan, janji setia selamanya. janji berkawan sampai berkeluarga. janji sampai tua. janji itu janji ini. tapi, mulut boleh cakap ape je bila masing masing xtahu lagi arah hidup dan tujuan nye bagaimana dan dengan siapa. ya, dengan siapa kau nak masukkan orang orang yang kau nak dalam hidup kau dan dengan siapa kau nak campak dan pijak orang orang tu semahu kau.

sadis tak? aku berfikir juga bahawanya nilai sebuah pertalian itu bukan dinilai atas perlunya ber sms, ber bbm, ber twitter dan ber whatsapp selalu dan sepenuh masa. tetapi cukup dengan ucapan hari jadi ketika waktunya dan ketika itu kau mengucapkan terima kasih dengan atas dasar ingatan seorang kawan buat kawan nye. kalau paling busuk pon, atas dasar sesama manusia.  salah ke fikir macam tu? xkanlahhh salaahhh (ayat sarkastik lagi)

well, bukanlah nak kata aku ni kawan sempurna yang selalunya ada tika pertolongan di perlukan dan sambutan juga secepatnya diberikan. itu semua mengikut kemampuan. apa yg termampu boleh diberi, sedayanya cuba diberi. yang penting, keadaan di mana cara kau kawal keadaan bila pertolongan itu minta disambut. itu pon salah dan susah ke? der, xkisah pon kalau ade komitmen lain dan kerja lain ketika pertolongan itu minta disambut, tetapi response. hanya response yg diperlukan utk memberitahu ketidakmampuan kita utk menyambut pertolongan pada ketika itu..

aku tak rasa itu semua adalah susah. perkara itu adalah simple dan sesimple mungkin. jangan buat diam, jangan tinggal bodoh seolah2 pertolongan yang terdesak mintak di sambut itu adalah macam kau buang sampah merata rata kat tepi jalan. seolah olah, itu nilai sebuah pertalian yg di namakan kawan itu. betol?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx(jerittttttttttttttttttttt)xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


ok. puas da jerit kejap. kejap je la. NEXT!!

semakin umur meningkat dewasa ni, semakin tu lah otak manusia akan terus berkembang atas pelbagai persoalan yg suka menendang2 sereblum dan serebrum otak masing masing bukan? nilai. penat rasanya bila kita rasa kita cuba untuk menjadi satu nilai yang mendamaikan akhirnya ditolak mentah2 macam tu je. mana dah janji manis kata kata kau bila perlukan pertolongan, kau ada aku bila kau susah, kau ada aku kalau kau xde makanan. mana? mana? mana? 

ahh. manusia. macam macam da aku jumpa. macam macam peristiwa da aku alami. baik yang pentingkan diri bila dapat kredit sikit, baik lupa kawan bila jumpa orang lain dan macam2 lagi lah. jadi. aku diam. itu sahaja jalan terbaik dan jalan terakhir yang aku boleh fikirkan. ape guna mahu menjerit dan melolong mencari kawan kawan kau bila mana dia xnak langsung masukkan kau dalam kitaran hidup dia? mana? mana?

apa yang ada? satu pon xada. kat situ je satu satunye nilai yang ada boleh letak dalam tong sampah dan suruh brader kerja alam maju tu angkut pergi buang dekat tempat pelupusan sampah. senang. habis cerita. da xde nye kecik2 hati da kan? ye dak?xpela, ade sebab kot kenapa sesuatu kejadian tu berlaku. biarlah. asal kalian bahagia dengan cara kalian. asal satu hari nanti kalau jumpa aku, kalau xnak mengaku da aku kawan kau, at least ingat la dulu kita pernah baik. tu je, x mintak banyak. xmintak kau belikan aku bmw pon. xmintak apa2. kalau itu nilai aku, nilai seorang kawan, terima kasih :)


“A friend is one that knows you as you are, understands where you have been, accepts what you have become, and still, gently allows you to grow.” 
― William Shakespeare


p/s: nak nyanyi lagu najwalatip tajuk sahabat. hewhewhew

Tuesday, January 22, 2013

Bukan Prince Charming

ehem.
(kali ni berdehem gaya Mr Bean) (apa kau ingat Mr Bean x ensem ke woi)

definisi seorang prince charming itu adalah mereka yang sangat cool, kaya, pakai kereta besar, jalan control, pakai smart2, pakai tuxedo, muka licin, misai xde, janggut takde, kumis pon xde . clen and clear gitu lorh.

ENUFFFFFFFFFFFFFFF!

sape prince charming? aku? haha. aku memang prince charming.. la sangatttt.
 (tangan atas dada, mata ke atas). haha. 

aku xtahu kenapa aku buat entry ni. tp apa yg pasti, selepas tengok cerita cinderella semalam, aku terfikir kejap yg kenapa selalu prince charming yg akan jadi hero bila dalam sesebuah cerita, watak kedua atau hero kedua seringkali akan di pangkah dan diterajang ke tepi. nak kata hebat, prince charming ni lembik je pon sebenarnya. atas sebab ada sound effect, ada props, ada kuda, ada pedang dia tetiba jadi kuat. sama macam otromen yang bila lampu da blink blink kaler merah tetiba jadi kuat. hell i dont know where this otromen guy own his power. urghh.

ha, kenapa aku cakap prince charming tak kuat? sebab bila nak perjuangkan cinta sendiri pon banyak dugaan. bukannye kau tu golongan miskin hina yang xde harta untk fight apa yg menghalang. ye dak? da badan pon kot ade muscle2. (dalam kartun pon figura dia ade muscle jugak) kira katang la tu. pergi jela bawak gadis engko jejauh. hah, hidup la happily ever after. haha

well, itu memang jalan cerita yg diusulkan oleh penulis skrip dan pengarah yang mengarah.. kalau xde yang menyimpang ke laut ni, x cerita la name dia. dan watak prince charming xkan wujud kat alam semesta ni. (sape setuju sila garu hidung) haha. 

kalau di tanya sama ada aku seorang prince charming atau tidak, aku akan menyangkal sekeras2 nya dakwaan itu. kalau masih di perkatakan sebegitu rupa, aku akan buat tuntutan saman fitnah atas dakwaan mengatakan aku adalah prince charming ni. kau gila ke ape? aku ni nak kata hensem tu bolehla, (sangattt) tapi aku manada kuda, manada kereta, pedang pon xde, dan aku xde harta yang nak dibanggakan. hanya ada mereka yang aku sayangi. itu sahaja harta yang bernilai. sedikit mana pun, aku akan perjuangkan utk mereka yang menjadi hidup aku. (mood touching da masuk da) LoL

dan, apelah sangat menjadi prince charming itu kalau hidup tidak terbebas seperti menjadi lelaki biasa yang punyai org yg disayangi seperti aku. kan? baiklah menjadi biasa biasa sahaja dan tidak menjadi perhatian kepada sesiapa pun kerana tidak ada pun yang boleh membahagiakan selain mereka yang hanya biasa biasa tetapi tetap dekat di dalam hati. 




dan ye, aku bukan prince charming :)

p/s: jadi prince charming dalam drama mungkin best. mungkin laaaa.

Tuesday, January 15, 2013

Lelaki Menangis Bukan Lembik!

hermm. herm.. herm.. hermm.. (srott srettt srot srett) ... entry dimulakan dengan rasa sedih yang teramat sangat. (srot srett srott srett lagi)

terkadang, lelaki akan merasa lemah bila berlakunya kejadian yang boleh dielakkan. betol. itu fakta. akan tetapi, lelaki juga manusia biasa. tiada kesempurnaan. berusaha gigih untuk menjadi yg terbaik walupun tidak akan cukup. tetapi selagi masih mahu terus mencuba, seorang lelaki itu akan terus berusaha.

sedih. itu adat. lelaki juga dikurniakan perasaan yang setara cuma kuatnya lelaki, air mata itu tidak ditunjukkan kepada sesiapa. mungkin fitrah lelaki yg ego membuatkan air mata itu hanya untuk tatapan sendiri sahaja. hermm. mungkin itu adalah perkara yg x boleh dielakkan bila lelaki terpaksa menangis. bukan dibuat buat, tetapi itu tangisan ikhlas. INI FAKTA.

perempuan, kalau nak dibandingkan dengan lelaki, selalu sangat da tengok perempuan ni menangis. hati yg seperti tisu itu senang hancur untuk perkara yg sekecil kecil perkara. kalau tengok kucing yang daif dan kurus tidak diberi makan serta berkurap juga kaum perempuan ini senang untuk menangis. INI FAKTA.

biarlah kalau lelaki perkasa akan cakap menangis itu satu tindakan yang memalukan tetapi bila sedang sedih, mana mungkin di tahan rasa itu. pada akhirnya, dengan menangis itu boleh melegakan, akan menangis juga untuk melepaskan. biarlah. tangisan lelaki itu hanya kami kami sahaja yang tahu.




p/s: ikhlas lelaki ketika menangis x sama dengan perempuan :')

Friday, January 4, 2013

Biadap

biadap. sape yang biadap sangat ni? biadap dengan aku? pasti? mahu terus biadap? kau nak tengok biadap aku pulak tak? jangan tunjuk biadap kau sorang je. jangan megah dengan kebiadapan kau. umur kau baru setahun jagung, jangan cakap seolah olah kau kenal sedalamnya orang yang kau selalu biadap tu..

...................................................................xxxxxxxxxx...........................................................................

gila kan? terkesan di hati kalau orang cop kita ni biadap. pehh. rasa macam jahatnya diri ni. err. dalam proses pembesaran ni, segala macam hormon dalaman dan luaran (kalau ada) selalu berubah ubah. bila time sakit, happy, jatuh motor, kena caras, kena maki, semua lah. tu yg tetibe nak jadi biadap tu.

ok. xde kaitan. (page seterusnya)

ye, betolla. aku xnak sorok2 lagi. aku ni x suka tengok org yg biadap. lagi2 dekat org tua. rasa nak sepak2 nak tunjal2 je kepala tu. biadap lagi kan. ape kau pk kau sang ratu ke nak biadap sgt tu? cek balik. kalau muka penuh jerawat dan pakai braces sbb gigi tak tersusun dan cakap pon berbelit2, hentikan kebiadapan kamu. shadaaaaapppppppppppppppp!

(selak page lain)

well, org biadap ni byk kategori nya. salah satu kategorinya adalah mereka yang suka bergurau ala2 friendly padahal omak aih kau.. mintak penerajang gayenye kan. hikhik. nak i terajang u ke der? mahu? hah, mahu? kalo mahu sms nama, alamat dan kelemahan. senang i nak attack kelemahan u tu bila u tgh di ambang kebiadapan.

bukanla nak kata aku ni x pernah biadap. sekali sekala tu bila asyik bergurau tu kekadang terlepas la ape yg xpatut kan. terlepas je la. bukan sengaja dilepaskan. ibarat kentut secara tidak sengaja ye semuanya. itu pon bukan kebiasaan sebab mak bapak aku ajar jgn jadi biadap. sebut perkataan kurang ajar pon mcm xpatut langsung kau keluarkan.

cuma aku perhati bebudak urban generasi z harini yg lahir tahun 91 ke atas tu (kot) teruk sgt biadapnye. dgn org dewasa pon xtahu nak limitkan gurau sarkas badut xkelakar kau tu. ade ke patut dgn makcik tua boleh nak pow belanja makan (terasa) biarpun kau macam kenal siapa makcik tu yg xde pertalian darah dgn kau. tapi beragak la broooo. jgn. xelok. kudrat remaja kau lagi hebat. pergi cari alternatif lain. kau kan pandai cakp. pergi sahaja jaja cakap cakap kau. mana tahu boleh keluarkan hasil ye dak? aminnn. see, aku mendoakan lagi. silalah sedar diri lepas tu.

yg si dewasa pulak, sebab terlalu bagi muka kat budak2, setiap kali kau kena carut, kau sengih2 macam kerang busuk piang, macam senyum kambing yang xgosok gigi tu pasaipa? well, sebab pk budak budak ni otak x berkembang sepenuhnya lagi. 

SEE, NAMPAK TAK!!!!

sebenarnya kau tu x matang lagi. baru nak memasuki alam akil baligh yg sebetulnya mungkin. terlalu bijak dalam melontarkan kata sehingga mengundang bahaya pada diri sendiri. kau xkan sedar. tapi kau akan rasa sendiri bila cakap2 kerek kau xde sape nanti akan dengar. percaya atau tak, kau tunggu dan lihat.

jadi. sebelum bercakap biadap meskipun kau rasa kau urban, tengok kiri kanan atas bawah dulu. xrugi pon berwaspada. hidup bukan pasal kau sorang pon. dari sebesar2 gajah sampai sekecik2 semut, semua nye bersaling kait dalam eko sistem negara wa cakap sama lu.jadi jangan biadap kalau hidup nak selamat.

p/s: aku xmarah hey, aku xmarah hey.. (srott sreeettt srott srettttt....................)

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds