Tuesday, January 15, 2013

Lelaki Menangis Bukan Lembik!

hermm. herm.. herm.. hermm.. (srott srettt srot srett) ... entry dimulakan dengan rasa sedih yang teramat sangat. (srot srett srott srett lagi)

terkadang, lelaki akan merasa lemah bila berlakunya kejadian yang boleh dielakkan. betol. itu fakta. akan tetapi, lelaki juga manusia biasa. tiada kesempurnaan. berusaha gigih untuk menjadi yg terbaik walupun tidak akan cukup. tetapi selagi masih mahu terus mencuba, seorang lelaki itu akan terus berusaha.

sedih. itu adat. lelaki juga dikurniakan perasaan yang setara cuma kuatnya lelaki, air mata itu tidak ditunjukkan kepada sesiapa. mungkin fitrah lelaki yg ego membuatkan air mata itu hanya untuk tatapan sendiri sahaja. hermm. mungkin itu adalah perkara yg x boleh dielakkan bila lelaki terpaksa menangis. bukan dibuat buat, tetapi itu tangisan ikhlas. INI FAKTA.

perempuan, kalau nak dibandingkan dengan lelaki, selalu sangat da tengok perempuan ni menangis. hati yg seperti tisu itu senang hancur untuk perkara yg sekecil kecil perkara. kalau tengok kucing yang daif dan kurus tidak diberi makan serta berkurap juga kaum perempuan ini senang untuk menangis. INI FAKTA.

biarlah kalau lelaki perkasa akan cakap menangis itu satu tindakan yang memalukan tetapi bila sedang sedih, mana mungkin di tahan rasa itu. pada akhirnya, dengan menangis itu boleh melegakan, akan menangis juga untuk melepaskan. biarlah. tangisan lelaki itu hanya kami kami sahaja yang tahu.




p/s: ikhlas lelaki ketika menangis x sama dengan perempuan :')

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds