Tuesday, January 22, 2013

Bukan Prince Charming

ehem.
(kali ni berdehem gaya Mr Bean) (apa kau ingat Mr Bean x ensem ke woi)

definisi seorang prince charming itu adalah mereka yang sangat cool, kaya, pakai kereta besar, jalan control, pakai smart2, pakai tuxedo, muka licin, misai xde, janggut takde, kumis pon xde . clen and clear gitu lorh.

ENUFFFFFFFFFFFFFFF!

sape prince charming? aku? haha. aku memang prince charming.. la sangatttt.
 (tangan atas dada, mata ke atas). haha. 

aku xtahu kenapa aku buat entry ni. tp apa yg pasti, selepas tengok cerita cinderella semalam, aku terfikir kejap yg kenapa selalu prince charming yg akan jadi hero bila dalam sesebuah cerita, watak kedua atau hero kedua seringkali akan di pangkah dan diterajang ke tepi. nak kata hebat, prince charming ni lembik je pon sebenarnya. atas sebab ada sound effect, ada props, ada kuda, ada pedang dia tetiba jadi kuat. sama macam otromen yang bila lampu da blink blink kaler merah tetiba jadi kuat. hell i dont know where this otromen guy own his power. urghh.

ha, kenapa aku cakap prince charming tak kuat? sebab bila nak perjuangkan cinta sendiri pon banyak dugaan. bukannye kau tu golongan miskin hina yang xde harta untk fight apa yg menghalang. ye dak? da badan pon kot ade muscle2. (dalam kartun pon figura dia ade muscle jugak) kira katang la tu. pergi jela bawak gadis engko jejauh. hah, hidup la happily ever after. haha

well, itu memang jalan cerita yg diusulkan oleh penulis skrip dan pengarah yang mengarah.. kalau xde yang menyimpang ke laut ni, x cerita la name dia. dan watak prince charming xkan wujud kat alam semesta ni. (sape setuju sila garu hidung) haha. 

kalau di tanya sama ada aku seorang prince charming atau tidak, aku akan menyangkal sekeras2 nya dakwaan itu. kalau masih di perkatakan sebegitu rupa, aku akan buat tuntutan saman fitnah atas dakwaan mengatakan aku adalah prince charming ni. kau gila ke ape? aku ni nak kata hensem tu bolehla, (sangattt) tapi aku manada kuda, manada kereta, pedang pon xde, dan aku xde harta yang nak dibanggakan. hanya ada mereka yang aku sayangi. itu sahaja harta yang bernilai. sedikit mana pun, aku akan perjuangkan utk mereka yang menjadi hidup aku. (mood touching da masuk da) LoL

dan, apelah sangat menjadi prince charming itu kalau hidup tidak terbebas seperti menjadi lelaki biasa yang punyai org yg disayangi seperti aku. kan? baiklah menjadi biasa biasa sahaja dan tidak menjadi perhatian kepada sesiapa pun kerana tidak ada pun yang boleh membahagiakan selain mereka yang hanya biasa biasa tetapi tetap dekat di dalam hati. 




dan ye, aku bukan prince charming :)

p/s: jadi prince charming dalam drama mungkin best. mungkin laaaa.

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds