Monday, March 18, 2013

Puaka

fuhh fuhh. (tiup tiup blog yang berhabuk)

kotor amatla hai blog ni. padan muka engko. nasib dapat tuan yg pemalas macam yg tengah taip ni ha. xpelah. kau bersabar je. kalo gigih nak hapdet hari hari tapi xde motipp payah jugak. ye dak?

ok la adik adik, abang abang dan rakan taulan sekalian. harini rasa macam terpanggil nak mengarang puisi indah nan menawan yg bertajuk seperti diatas. puaka boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. tidak kira rumah itu memang puaka yakni berhantu ataupun perangai yg berpuaka dan bila di perkecilkan skop lagi kita akan jumpa, MULUT PUAKA.

setakat ni fahamla kan maksud puaka tu mende ye dak? kalo engko xtahu, ace guna khidmat ihsan cik gugel. nuscaya dia akan tolong tanpa ragu ragu. hewhewhew. mulut puaka ni kalau di pandang dari satu sudut negatif, memang mintak kaki je manusia yg bermulut sedemikian. kalau nak tahu contoh contoh jenis mulut puaka, rasanya xperlulah aku share kat sini sebab antara kamu kamu semua mesti ada yg berperangai sedemikian ye dak? tapi bezanya antara org yg bermulut puaka dengan org yg bercakap banyak itu apabila kepuakaan nya itu menyebabkan timbulnya rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat dan kalao di kecikkan skop sekali lagi, antara kawan kawan la yang paling jelas kelihatan.

(ok, mari kita ubah tone skema blog ini kepada yang lebih puaka sikit)

apa engko ingat comel sangat la tu mulut xde insuran macam tu? kena la salu ingat, xsemua org akan rasa pleasure dan gumbira bila kau 'mark' kawan kawan kau sendiri wei. xelok la perangai macam tu. sebenarnya mereka yg mulut puaka gila ni nak ape pon aku xtahu. mungkin dia anggap dia ni PERFECT sangat sampai kan semua pon nampak buruk, hodoh, busuk, keji, hina dan semualah yg buruk2 ni.

adeh. yg bercakap tu kekadang best bila diri sendiri yg hodoh perangai nak tuduh org lain yang lagi huduh dari ko. alamak ai. kau duduk tahun bila tah? tahun sebelum mesolitik ke ape? (ade ke tahun tu?? O.o) haa. serius aku xfaham. nak kata aku ni mulut bising dan suka buat riuh tu haruslah sebab moganya perangai aku ni suka bercakap dgn org yg aku kenal dan rapat dan opkos la boleh kenal aku ni sape ye dak? ni tak, da la hidup tu xberapa nak ada kawan, mulut puaka pulak tu -.- contoh la aku bagi ni, kau nak cakap mulut orang bau busuk macam sampah masyarakat, tapi kau x bau dulu ke mulut kau sendiri yg memang berganda busuk macam xpernah tahu wujudnya berus gigi dan fungsinya itu ke atas gigi gigi kau.

 haa, nampak x permainan dia kat situ?

serius la wei, kemon ah, bila dengan kekawan sendiri kau nak jadi puaka, itu amatlah tidak adil dan tidak boleh diterima akal. gurau sarcastic tu biasa la ye dak? tapi kalau benda benda kecik pon yg kau nak puaka sangat da kenapa? baik sangat la tu perangai? adehla. org macam ni aku rasa kena buang negara trus. xpayah daerah sangatlah. kang xpasal semua nak di puakakan jugak. -.-

jadi, ingatlah wei, sebelum mulut tu nak jadi puaka sangat macam AA tu (if u know what i meant) mmg xde sape la nak berkawan dgn kau. dan kalau kau terlalu bodoh nak anggap org makin jauh dengan kau sbb kau awesome dan perfect gila, ada something xkena la tu kat mana mana. kita ni hidup bermasyarakat ni kena saling menjaga hati antara satu sama lain. jangan semua benda pon nak di puakakan, karang herot mulut tu kena terajang. seriously, benda2 macam ni, da xrelevan da. tolong bukak mata, bukak telinga, bukak mata,  dan bukak otak la senang. cakap banyak tu boleh, tapi jangan sampai tahap puaka, jangan terkejut kalau satu hari nanti, kau hidup sorang2 akibat perangai busuk kau tu. wallahualam

p/s: org mulut puaka ni xkan sedar perangai busuk sendiri. ye dak? -.-

menulis dan menulis

0 comments:

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds